Monday, August 10, 2009

BLACK OUT, KEMARAU DAN RUNTUHAN....

Waduuuh...semasa abah telefon ibu (kira-kira jam 9.00 malam - 10 Ogos), ibu beritahu abah seluruh kawasan Seksyen 10 Wangsa Maju telah bergelap sejak awal maghrib lagi.

Manakala abah di Kuching pula telah menghadapi catuan air sejak petang tadi hinggalah ke larut malam. Sungai Batu Kitang di Batu Kawa, Kuching yang menjadi sumber bekalan air di ibu negeri ini telah mengalami kemerosotan paras airnya akibat musim kemarau yang melanda Kuching, Sarawak.

Kini Bandaraya Kuching telah mengalami kemarau, di tambah pula dengan masalah jerebu yang teruk yang dihadapi di Miri, Bintulu, Sibu termasuk juga di Kuching. Sibu mengalami masalah jerebu yang amat teruk. Difahamkan masalah ini berlaku akibat berlakunya pembakaran ladang-ladang utama di daerah berkenaan.

Abah juga kaget hari ini, kerana ofis abah di Kuching telah mengalami runtuhan bahagian silingnya sehingga menimpa komputer, mesin fax dan juga meja-meja yang terdapat di pejabat am Skuad 69 PDRM Sarawak itu.

(foto: Runtuhan di ruang pejabat Skuad 69 PDRM Sarawak)

Abah tak pasti bila kejadian ini berlaku, mungkin ianya jatuh semasa cuti hari sabtu atau ahad lalu. Staf abah yang memasuki ofis di awal pagi tiba-tiba terlihat siling tersebut telah runtuh menghempap ruang pejabat. Kini ianya sedang diperbaiki.



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails