Sunday, December 27, 2009

MERAIKAN PASANGAN PENGANTIN ADLI & BIBAH


27 Disember - Saiful Adli dan Habibah yang baru saja melangsungkan perkahwinan mereka pada 26 Disember lalu telah mengadakan kunjungan ke rumah abah dan Ibu di Seksyen 10 Wangsa Maju. Mereka diraikan dengan jamuan malam sekeluarga dengan sajian makanan yang enak untuk pengantin. Mereka berdua juga telah diraikan dengan upacara memotong kek.

Semua lapan orang adik beradik telah berkumpul pada malam itu yang terdiri daripada Saiful Amar, Sarah Hanis, Saiful Adli sendiri, Amirul Izzat, Adi Putra, Ayu Puteri Wahida, Aiman Farhan dan juga Arief Ikmal. Ilyas suami Hanis juga hadir. Abah bersyukur kerana dapat mengadakan majlis ini yang telah mengumpukan semua anak-anak dan juga menantu. 'Mai' juga hadir pada malam tersebut.


Kelihatan semuanya....8 adik beradik termasuk 2 menantu

Adli dan Bibah memotong kek

Semua 8 anak-anak termasuk 2 menantu. Mai tiga dari kanan.

Dari kiri: Ijat, amar, adli dan ilyas.

Kelihatan dalam gambar - bibah, ibu, mai dan aiman.

Dari kiri: Amar, adli dan hanis.

Tiga beradik - ijat, adli dan amar.

Saturday, December 26, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT
SAIFUL ADLI & HABIBAH
(19 & 26 DISEMBER 2009)

Saiful Adli & Habibah, persandingan di Ipoh

Saiful Adli & Habibah, persandingan di Bangsar.

Selamat pengantin baru kepada Saiful Adli dan Habibah. Mereka berdua telah diijab kabulkan pada 18 Disember lalu di Masjid Pengkalan Pegoh, Ipoh. Manakala majlis persandingan di rumah pengantin perempuan telah diadakan pada keesokan harinya (19 Disember).

Majlis persandingan juga telah diadakan di Apartment Abdullah Hukum, Bangsar pada 26 Disember 2009.


Ketika hendak bertolak ke rumah pengantin perempuan, di Ipoh.
(lokasi: Hotel Syuen, Ipoh)

Kenangan seisi keluarga semasa bersanding di Ipoh

Kenangan seisi keluarga
(Aiman tidak bergambar)

Adli dan Bibah diapit oleh ayahanda dan Ibu Nora, di Ipoh.

Putra dan Puteri menjadi pengapit mempelai

Adli & Bibah bersama ayahanada dan Ibu Nora di Bangsar.

Adli & Bibah bersama ayahanda dan Ibu Nora, di Ipoh.

Ijat turut mempersembahkan silat pengantin

Saiful Adli dengan ayahanda Abdul Rahman

Bibah bersama Ibu Nora (Ipoh)



Related Posts with Thumbnails