Thursday, August 13, 2009

AL-FATIHAH....USTADZ ASRI RABBANI KEMBALI KE RAHMATULLAH




Demikianlah kehendak Allah Rabbul Jalil, setiap yang hidup akan mati jua. Agak mengejutkan apabila abah mendapat tahu daripada Ibu yang menyatakan Ustadz Asri Ibrahim, iaitu vokalis Kumpulan Nasyid Rabbani telah meninggal dunia ketika sedang membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.45 pagi, 13 Ogos 2009, setelah allahyarham dengan tiba-tiba rebah. Allahyarham disahkan telah meninggal dunia dan kemudiannya dibawa ke hospital sebelum jenazahnya dikebumikan selepas solat maghrib.

Ustadz Asri Bin Ibrahim dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Kelang, Selangor. Allahyarham memiliki suara yang lunak bukan sahaja ketika bernasyid, malah suara azannya yang mendayu-dayu juga turut sering berkumandang di stesen-stesen TV dan juga di corong-corong radio.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kepada isteri dan anak-anaknya diharapkan bersabar dengan ujian Allah ini. Ingatlah sesungguhnya Allah lebih menyayanginya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails