Saturday, August 8, 2009

9 OGOS, TRIP ABAH KE SARAWAK

Hari ini Ahad, 9 Ogos 2009 abah akan ke Kuching, Sarawak. Sebagaimana biasa kali ini abah akan berada di Sarawak dalam lingkungan 7 - 10 hari. Abah setiap bulan akan ke Sarawak, kerana urusan kerja dengan Skuad 69 PDRM Sarawak.

(Foto: Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak)

Abah merupakan Setiausaha Eksekutif kepada Skuad 69 PDRM Sarawak, di samping menjadi Pengarah Syarikat Skuad 69 Management Sdn Bhd yang beroperasi di negeri bumi kenyalang itu.

Abah menggunakan penerbangan Airasia AK 5202, 9 Ogos 2009 jam 8.20 pagi, dan dijangka sampai ke Kuching pada 10.05 pagi. Seperti biasa abah kena sampai ke LCCT 1 jam sebelum penerbangan berlepas, iaitu kira-kira jam 7.20 pagi. Abah kena bertolak dari rumah jam 5.30 pagi untuk menaiki skybus pukul 6.00 pagi. Kali ini Putra kena hantar abah ke KL Sentral. Sorry kerana terpaksa menyusahkan....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails