Friday, August 7, 2009

JOM LAYARI BLOG 'GALERI YEOP & YONG'

Yeop Abdul Rahman & Yong Nora

Kami mengucapkan selamat melayari ke laman blog ini. Galeri Yeop&Yong adalah bingkisan maya keluarga Yeop Abdul Rahman Hashim dan Yong Nora Haji Mohd. Nordin.

Segala paparan maklumat dan juga foto yang terkandung di dalam blog ini merupakan dedikasi kami untuk merakamkan perjalanan hidup di dalam ruang lingkup dunia maklumat tanpa sempadan.

Semoga jalinan silaturrahim dapat dipertautkan bukan sahaja untuk kebahagiaan keluarga kami, malah kami berharap menerusi laman maya ini akan dapat mendekatkan hubungan dengan sanak saudara yang lainnya.

Sebagai ketua keluarga, tentunya saya begitu menyayangi insan-insan yang sentiasa menyayangi saya, siapa lagi kalau bukannya isteri saya Nora Nordin yang begitu dekat di hati saya, yang begitu banyak mencurahkan kasih sayang kepada anak-anaknya selama ini.

Tidak begitu sempurna kehidupan kami tanpa adanya anak-anak kesayangan di sisi, seperti Ijat, putra, puteri, eman, ebby termasuk tiga orang lagi anak saya amar, hanis dan juga adli yang begitu menyayangi lima adik-adik mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails