Sunday, September 13, 2009

KEDAI KEK LAPIS SARAWAK


Kek Lapis begitu terkenal di Sarawak. Kalau kita pergi ke negeri Sarawak, selain ikan terubuk masinnya, kek lapis juga sering menjadi tumpuan para pengunjungnya. Kalau nak dapatkan kek lapis yang enak dan berkualiti, sila berkunjung ke kedai 'kek lapis dayang salhah' yang terletak di Kampung Gersik, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Lokasinya tidak jauh daripada Bandaraya Kuching. Para pengunjung boleh menggunakan perahu menyeberangi sungai Sarawak daripada water front. Jika menggunakan jalan darat, kita terpaksa menggunakan jalan raya ke Petra Jaya sebelum sampai ke Kampung Gersik.

Kek lapis Dayang Salhah dijual dengan harga yang murah jika dibandingkan dengan kek-kek yang serupa yang dijual di sekitar water front. Kek lapis di sini dijual dengan harga RM10.00 sepaket daripada pelbagai jenis. Diantara yang menjadi kegemaran ramai ialah kek lapis masam manis, kek lapis cindai dan bermacam-macam lagi.

Sempena musim raya ini, yeop berkesempatan juga berkunjung ke kedai kek lapis Dayang Salhah ini. Ramai yang memesannya...di antaranya shimah 3 paket, fini 2 paket, yati 2 paket, emak 2 paket, termasuk 4 paket yang dipesan oleh kawan yeop di Wangsa Maju.


Saturday, September 5, 2009

RUMAH BERWAJAH BARU


Saturday, August 22, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK

Sunday, August 16, 2009

FOTO TERBARU ABAH DI SARAWAK

Di food court Tasik Biru, Bau, Sarawak.
(Baru balik dari Serikin, 16 Ogos 2009)

Di Tasik Biru, Bau, Sarawak.

Di Tasik Biru, Bau, Sarawak.

Di Tasik Biru, Bau, Sarawak.

Di Tasik Biru, Bau, Sarawak

Di Tasik Biru, Bau, Sarawak

Di Kampung Budaya, Santubong, Sarawak.
(Semasa menemani cikgu Ismadi & Keluarga melawat Sarawak pada 19 Julai 2009 lalu)

Di Rumah Melanau, Kg. Budaya, Santubong.
19 Julai 2009.

Di Water Front, Kuching, 19 Julai 2009

Bersama cikgu Ismadi di Water Front, Kuching.

Di Water Front, Kuching.
(Berlatar belakang wajah Kompleks DUN Sarawak yang baru)

Di Restoran Singapore Chicken Rice, Jln Rubber, Kuching.
(Di bawah Pejabat Skuad 69, 10 Ogos 2009)

Thursday, August 13, 2009

AL-FATIHAH....USTADZ ASRI RABBANI KEMBALI KE RAHMATULLAH




Demikianlah kehendak Allah Rabbul Jalil, setiap yang hidup akan mati jua. Agak mengejutkan apabila abah mendapat tahu daripada Ibu yang menyatakan Ustadz Asri Ibrahim, iaitu vokalis Kumpulan Nasyid Rabbani telah meninggal dunia ketika sedang membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.45 pagi, 13 Ogos 2009, setelah allahyarham dengan tiba-tiba rebah. Allahyarham disahkan telah meninggal dunia dan kemudiannya dibawa ke hospital sebelum jenazahnya dikebumikan selepas solat maghrib.

Ustadz Asri Bin Ibrahim dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Kelang, Selangor. Allahyarham memiliki suara yang lunak bukan sahaja ketika bernasyid, malah suara azannya yang mendayu-dayu juga turut sering berkumandang di stesen-stesen TV dan juga di corong-corong radio.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kepada isteri dan anak-anaknya diharapkan bersabar dengan ujian Allah ini. Ingatlah sesungguhnya Allah lebih menyayanginya.


Monday, August 10, 2009

BLACK OUT, KEMARAU DAN RUNTUHAN....

Waduuuh...semasa abah telefon ibu (kira-kira jam 9.00 malam - 10 Ogos), ibu beritahu abah seluruh kawasan Seksyen 10 Wangsa Maju telah bergelap sejak awal maghrib lagi.

Manakala abah di Kuching pula telah menghadapi catuan air sejak petang tadi hinggalah ke larut malam. Sungai Batu Kitang di Batu Kawa, Kuching yang menjadi sumber bekalan air di ibu negeri ini telah mengalami kemerosotan paras airnya akibat musim kemarau yang melanda Kuching, Sarawak.

Kini Bandaraya Kuching telah mengalami kemarau, di tambah pula dengan masalah jerebu yang teruk yang dihadapi di Miri, Bintulu, Sibu termasuk juga di Kuching. Sibu mengalami masalah jerebu yang amat teruk. Difahamkan masalah ini berlaku akibat berlakunya pembakaran ladang-ladang utama di daerah berkenaan.

Abah juga kaget hari ini, kerana ofis abah di Kuching telah mengalami runtuhan bahagian silingnya sehingga menimpa komputer, mesin fax dan juga meja-meja yang terdapat di pejabat am Skuad 69 PDRM Sarawak itu.

(foto: Runtuhan di ruang pejabat Skuad 69 PDRM Sarawak)

Abah tak pasti bila kejadian ini berlaku, mungkin ianya jatuh semasa cuti hari sabtu atau ahad lalu. Staf abah yang memasuki ofis di awal pagi tiba-tiba terlihat siling tersebut telah runtuh menghempap ruang pejabat. Kini ianya sedang diperbaiki.



Saturday, August 8, 2009

PUTRA BELANJA MAKAN DURIAN..

Semalam, 8 Ogos 2009 Putra telah belanja famili makan durian. Selepas makan nasi lemak di Wangsa Melawati, putra telah sempat ke gerai durian untuk tapau ke rumah. Wow...walaupun buah durian yang dibelinya kecik-kecik belaka, tetapi isinya tebal...enak dimakan. Terima kasih Putra...mudah-mudahan rezki bertambah.

Lihatlah gambar sesi makan durian..



Related Posts with Thumbnails