Sunday, September 13, 2009

KEDAI KEK LAPIS SARAWAK


Kek Lapis begitu terkenal di Sarawak. Kalau kita pergi ke negeri Sarawak, selain ikan terubuk masinnya, kek lapis juga sering menjadi tumpuan para pengunjungnya. Kalau nak dapatkan kek lapis yang enak dan berkualiti, sila berkunjung ke kedai 'kek lapis dayang salhah' yang terletak di Kampung Gersik, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Lokasinya tidak jauh daripada Bandaraya Kuching. Para pengunjung boleh menggunakan perahu menyeberangi sungai Sarawak daripada water front. Jika menggunakan jalan darat, kita terpaksa menggunakan jalan raya ke Petra Jaya sebelum sampai ke Kampung Gersik.

Kek lapis Dayang Salhah dijual dengan harga yang murah jika dibandingkan dengan kek-kek yang serupa yang dijual di sekitar water front. Kek lapis di sini dijual dengan harga RM10.00 sepaket daripada pelbagai jenis. Diantara yang menjadi kegemaran ramai ialah kek lapis masam manis, kek lapis cindai dan bermacam-macam lagi.

Sempena musim raya ini, yeop berkesempatan juga berkunjung ke kedai kek lapis Dayang Salhah ini. Ramai yang memesannya...di antaranya shimah 3 paket, fini 2 paket, yati 2 paket, emak 2 paket, termasuk 4 paket yang dipesan oleh kawan yeop di Wangsa Maju.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails